LIKE

Wednesday, 29 May 2013

Sukatan Pelajaran STPM Penggal 3

BAHASA MELAYU STPM BAHARU PENGGAL 3

TAJUK/SUBTAJUK
HASIL PEMBELAJARAN
CATATAN / AKTIVITI
1 Wacana (12w)
1.1 Konsep wacana

1.2 Ciri wacana

1.2.1 Kohesi
1.2.2 Koheren

 Calon seharusnya dapat menjelaskan konsep wacana.

Calon seharusnya dapat:
(a) menjelaskan ciri wacana;
(b) mengenal pasti kohesi dan koheren dalam teks;
(c) menggunakan kohesi dan koheren dalam penulisan.
1.3 Jenis penanda wacana

1.3.1 Penanda penghubung
1.3.2 Penanda rujukan
1.3.3 Penanda penggantian
Calon seharusnya dapat:
(a) mengkategorikan penanda wacana mengikut jenis; (b) menggunakan penanda wacana dalam konteks yang
    betul;
(c) menganalisis sesebuah wacana;
(d) menghasilkan wacana yang utuh.
1.3 Jenis penanda wacana
1.3.4 Penanda leksikal
1.3.5 Penanda elipsis/
       pengguguran
Calon seharusnya dapat:
(a) mengkategorikan penanda wacana mengikut jenis; (b) menggunakan penanda wacana dalam konteks yang
    betul;
(c) menganalisis sesebuah wacana;
(d) menghasilkan wacana yang utuh.
2 Retorik (12w)
2.1 Konsep retorik

2.2 Jenis retorik dan cirinya
2.2.1 Pemerian
2.2.2 Pemujukan
2.2.3 Penceritaan

Calon seharusnya dapat menjelaskan konsep retorik.
Calon seharusnya dapat:
(a) mengenal pasti dan membezakan jenis retorik dan
    ciri-cirinya;
(b) menghasilkan retorik mengikut jenisnya.
2.2 Jenis retorik dan cirinya
2.2.4 Pendedahan
2.2.5 Penghujahan
Calon seharusnya dapat:
(a) mengenal pasti dan membezakan jenis retorik dan
    ciri-cirinya;
(b) menghasilkan retorik mengikut jenisnya.
2.3 Teknik penyampaian idea

2.3.1 Deduksi
2.3.2 Induksi
2.3.3 Analogi
2.3.4 Eklektik
Calon seharusnya dapat:
(a) mengesan teknik penyampaian idea dalam teks;
(b) menyampaikan idea berdasarkan teknik yang sesuai.
2.3 Teknik penyampaian idea
2.3.4 Eklektik
Calon seharusnya dapat:
(a) mengesan teknik penyampaian idea dalam teks;
(b) menyampaikan idea berdasarkan teknik yang sesuai.
3 Variasi bahasa (16w)
3.1 Konsep variasi bahasa

3.2 Jenis variasi bahasa dan cirinya

3.2.1 Dialek
3.2.2 Idiolek
3.2.3 Pijin
Calon seharusnya dapat menjelaskan konsep variasi bahasa.
Calon seharusnya dapat:
(a) mengenal pasti dan membezakan jenis variasi
    bahasa dan cirinya;
(b) mengemukakan contoh variasi bahasa yang betul.
Istilah yang berkaitan yang perlu diajarkan:
-Isoglos
-Diaglosia
-Subdialek
-Dwibahasa
-Multibahasa
3.2 Jenis variasi bahasa dan cirinya

3.2.4 Kreol
3.2.5 Slanga
3.2.6 Bahasa formal
3.2.7 Bahasa tak formal
Calon seharusnya dapat menjelaskan konsep variasi bahasa.
Calon seharusnya dapat:
(a) mengenal pasti dan membezakan jenis variasi
    bahasa dan cirinya;
(b) mengemukakan contoh variasi bahasa yang betul.
Istilah yang berkaitan yang perlu diajarkan:
-Isoglos
-Diaglosia
-Subdialek
-Dwibahasa
-Multibahasa
3.2 Jenis variasi bahasa dan cirinya

3.2.8 Bahasa halus
3.2.9 Bahasa kasar
3.2.10 Bahasa istana/dalam
3.2.11 Bahasa basahan
Calon seharusnya dapat menjelaskan konsep variasi bahasa.
Calon seharusnya dapat:
(a) mengenal pasti dan membezakan jenis variasi
    bahasa dan cirinya;
(b) mengemukakan contoh variasi bahasa yang betul.
Istilah yang berkaitan yang perlu diajarkan:
-Isoglos
-Diaglosia
-Subdialek
-Dwibahasa
-Multibahasa
3.2.12 Bahasa baku
3.2.13 Bahasa mesra
3.2.14 Bahasa pasar
Calon seharusnya dapat menjelaskan konsep variasi bahasa.
Calon seharusnya dapat:
(a) mengenal pasti dan membezakan jenis variasi
    bahasa dan cirinya;
(b) mengemukakan contoh variasi bahasa yang betul.
Istilah yang berkaitan yang perlu diajarkan:
-Isoglos
-Diaglosia
-Subdialek
-Dwibahasa
-Multibahasa
4 Laras bahasa (8w)
4.1 Konsep laras bahasa

4.2 Jenis dan ciri laras

Calon seharusnya dapat menjelaskan konsep laras bahasa.
Calon seharusnya dapat:
(a) menjelaskan ciri laras bahasa;
(b) mengenal pasti dan membezakan jenis laras
    bahasa dan cirinya berdasarkan teks;
(c) mengemukakan contoh laras yang betul;
(d) merumuskan jenis laras berdasarkan cirinya;
(e) menghasilkan pelbagai laras.
Tumpuan diberikan pada laras bahasa yang berikut: Laras sains Laras ekonomi Laras undang- undang Laras agama Laras sukan Laras sastera Laras resipi Laras iklan (termasuk penggunaan bahasa pada papan tanda)
4.2 Jenis dan ciri laras
Calon seharusnya dapat:
(a) menjelaskan ciri laras bahasa;
(b) mengenal pasti dan membezakan jenis laras
    bahasa dan cirinya berdasarkan teks;
(c) mengemukakan contoh laras yang betul;
(d) merumuskan jenis laras berdasarkan cirinya;
(e) menghasilkan pelbagai laras.
Tumpuan diberikan pada laras bahasa yang berikut: Laras sains Laras ekonomi Laras undang- undang Laras agama Laras sukan Laras sastera Laras resipi Laras iklan (termasuk penggunaan bahasa pada papan tanda)
5 Semantik (12w)
5.1 Konsep semantik

5.2 Makna denotatif dan makna konotatif


5.3 Konsep, perkataan, dan rujukan


5.4 Perkaitan makna perkataan dari segi leksikal
Calon seharusnya dapat menjelaskan konsep semantik.


Calon seharusnya dapat menjelaskan maksud dan memberikan contoh “makna denotatif” dan “makna konotatif”.

Calon seharusnya dapat menjelaskan pengertian makna/konsep, perkataan, dan rujukan.

Calon seharusnya dapat:
(a) mengenal pasti dan membezakan perkaitan makna
     perkataan dari segi leksikal;
(b) memberikan contoh yang betul bagi kata yang
      mempunyai pertalian leksikal;
(c) membina ayat yang betul dengan menggunakan
     perkataan yang mempunyai pertalian leksikal;
(d) merumuskan jenis-jenis perkaitan makna dari segi
     leksikal.











Homonim meliputi homograf dan homofon.
7
 (a) sinonim
(b) antonim
(c) hiponim
(d) homonim
Calon seharusnya dapat:
(a) mengenal pasti dan membezakan perkaitan makna
     perkataan dari segi leksikal;
(b) memberikan contoh yang betul bagi kata yang
      mempunyai pertalian leksikal;
(c) membina ayat yang betul dengan menggunakan
     perkataan yang mempunyai pertalian leksikal;
(d) merumuskan jenis-jenis perkaitan makna dari segi
     leksikal.
Homonim meliputi homograf dan homofon.
(e) polisemi
(f) mironim
Calon seharusnya dapat:
(a) mengenal pasti dan membezakan perkaitan makna
     perkataan dari segi leksikal;
(b) memberikan contoh yang betul bagi kata yang
      mempunyai pertalian leksikal;
(c) membina ayat yang betul dengan menggunakan
     perkataan yang mempunyai pertalian leksikal;
(d) merumuskan jenis-jenis perkaitan makna dari segi
     leksikal.
Homonim meliputi homograf dan homofon.
5.5 Perubahan makna
2
5.5.1 Peluasan makna
5.5.2 Penyempitan makna
Calon seharusnya dapat:
(a) menjelaskan maksud perubahan makna;
(b) memberikan contoh perkataan yang mengalami
     perubahan makna.
Contoh:
-Saudara
-Abang

Contoh:
-Madrasah
- Pondok
-Khalwat
-Tuan
-Cik



BAHASA MELAYU STPM BAHARU PENGGAL 3. Tema 2 : Variasi Bahasa

Variasi Bahasa

Berikut adalah beberapa istilah yang mewujudkan variasi atau kepelbagaian bahasa Melayu.
Variasi bahasaKepelbahagaian bahasa yang ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa.
DialekMerupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh oleh pengguna dalams esuatau masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi . Variasi bahasa ii dikenali sebagai dialek.
IdiolekVariasi bahasa yang khusus berkaitan dengan individu.merupakan kelainan penggunaan bahasa pada peringkat individu.
Perbezaan paling ketara ialah dari segi sebutan dan lagu sebutan.
Keadaan ini berlaku kerana perbezaan alat sebutan seperti kecacatan atau tabiat penyebutan kerana pengaruh rakan atau seisi keluarga.
Dialek kawasanVariasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu kawasan. Dikaitkan dengan rumpun banasa Austronesia, cabang Nusantara. Cabang Nusantara mempunyai 200 hingga 300 bahasa dalam 16 golongan seperti Filipina, Sumatera, jawa, Kalimantan dan sebagainya.Bahasa Melayu termasuk dalam golongan Sumatera bersama-sama dengan bahsa Batak, Acheh, Minangkabau, Nias, Lampung dan Orang Laut.
Umumnya bahasa Melayu merangkumi Bahasa Malaysia di Malaysia, Bahasa Indonesia di Indonesia, Bahasa Melayu di Brunei dan Singapura. Walaupun namanya berbeza, ia merupakan dialek bagi bahasa Melayu.
Dialek sosialDikaitkan dari segi penggunaan, iaitu bahasa mungkinberbeza mengikut kumpulan sosial dan situasi yang digunakan. Misalnya, dalam majlis rasmi, orang akanmenggunakan bahasa-bahasa yang formal. Varisi-variasi ini yangbrkiatand enan dialek sosial, dikatakan sebagai dialek sosial.
Oleh itu, bahasa Melayu secara umumnya dapat dibahagikan kepada tiga jenis variasi, iaitu idiolek, dialek kawasan atau loghat, dialek sosial.

Perhubungan antara ketiga-tiganya dapat digambaran melalui skema rajah yang berikut:



Berdasarkan konteks yang umum, pengunaan bahasa dapat dibahagikan kepada bahasa formal dan tak formal.
Contoh bahasa formal - Bahasa Baku dan Bahasa Diraja atau Bahasa Istana.
Contoh bahasa tak formal - Bahasa mesra, bahasa slanga, bahasa basahan, bahasa pasar, bahasa halus, bahasa kasar, bahasa dialek dan sebagainya.
Bahasa formal dan bahasa tak formal dapat dibezakan dengan membandingkan ragam bahasa bebas dan bahasa terkawal, dan ragam bahasa mesra dan bahasa formal.

Ragam Bahasa Bebas dan Bahasa Terkawal
Ragam Bahasa BebasBahasa Terkawal
Ayat yang tidak gramatis.Tidak mementingkan aspek sebutan, intonasi, pilihan perkataan, struktur ayat, dan tatabahasa.
Contoh: You ni betullah degil sangat. I dah warning you banyak kali, tapi you masih hendak ke tempat tu.
Ayat yang gramatisMementingkan aspek-aspek sebutanm intonasi, pilihan perkataan, struktur ayat dan tatabahasa.
Contoh: Awak sangat degil. Saya telah berkali-kali memberi amaran supaya jangan pergi ke tempat itu, tetapi awak masih hendak ke sana.


Ragam Bahasa Mesra dan Bahasa Formal

Ragam Bahasa MesraRagam Bahasa Formal
Menggunakan ragam bahasa bebas, iaitu tidak memeningkan sebutan, intonasi, pilihan kata, nahu dan sebagainya.Ciri-ciri lain:
a. Penggunaan gelaran yang tidak lengkap
 

Bahasa Slanga

Bahasa tidak rasmi, tidak baku.
Dianggap lebih rendah tarafnya daripada bahasa standard.
Menggunakan kata-kata remaja seperti brader, pakwe, mengancam, sekeh, boring.

Bahasa Basahan
Juga disebut sebagai bahasa kolokial.
Za'aba menggelar bahasa ini sebagai bahasa cakap mulut.
Merupakan bahasa pertuturan harian dalam konteks tidak rasmi.
Terdapat tiga jenis perbezaan antara bahasa baku dengan bahasa basahan, iaitu:
(a) perkataan berbeza untuk makna yang serupa
Bahasa BakuBahasa Basahan
mengapakenapa
bagaimanamacam mana
sedangtengah
(b) bentuk kependekan
Bahasa BakuBahasa Basahan
hendaknak
tidaktak
sudahdah
                                                                   
(c) perubahan bunyi
Bahasa BakuBahasa Basahan
ambilambik
kecilkecik
pulapulak

Bahasa Pasar
Bahasa kacukan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa bukan Melayu
Pelat penyebutan dipengaruhi oleh pelat bahasa ibunda penutur.
Tidak gramatis dengan mengabaikan hukum DM dan penggunaan penjodoh bilangan.
Contoh: Pengunaan Gua menggantikan saya (ganti diri orang pertama) dan `lu' (ganti diri nama kedua).
Menggunakan banyaks ebagai kata penguat, contoh: banyak cantik.
Kerap menggunakan perkataan `punya' , contoh: dia punya barang, apa punya budak.

Bahasa Halus
Bahasa halus wujud kerana pertimbanag terhadap orang yang dilawan bertutur. Kedudukan, pangkat, umur dan keakraban orang yang dilawan bertutur mempengaruhi pemilihan perkataan dan kataganti nama.
Bahasa halus juga ada kalanya digunakan dalam surat menyurat apabila kata-kata yang bersopan digunakan.
Kata ganti nama diri merupakan ciri-ciri yang penting, seperti penggunaan anakanda, ayahanda, adinda, kekanda, bonda dan nenda.
Bahasa kiasan dan peribahasa digunakan dengan meluas untuk menyatakan sesuatu secara halus atau tidak berterus terang.
Contoh: Buang air besar, berbulan madu, berbadan dua.
Berikut diturunkan beberapa contoh:
Bahasa BasahanBahasa Halus
kencingBuang air kecil
berakBuang air besar
mengandung/buntingBerbadan dua
kuburmakam

Bahasa Kasar
Bahasa yang dhamburkan dengan mengikut perasaan. Kata-kata esat ialah contoh bahasa kasar seperti bangang, bodoh, tak berotak dan sebagainya.
Ada pihak yang mengatakan perkataan jantan dan betina, jika ditujukan kepada manusia juga tergolong dalam bahasa kasar.
Bagaimanapun, kesannya kepada orang lain adalah subjektif, kerana adakalanya bahasa yang dianggap kasar di kawasan tertentu dianggap gurauan atau bahasa cakap mulut di kawasan yang lain. Misalnya perkataan celaka diaggap kesat di Selangor, tetapi dianggap biasa di Melaka.
Dialek
variasi daripada sesuatu bahasa tertentu dan dituturkan oleh sekumpulan masyarakat bahasa tersebut.
Dialek ditentukan oleh fakor geografi dan sosial.
Dialek berbeza dari segi:
a. Sebutan
Contoh: Perkataan ``air'' disebut dalam pelbagai dialek seperti ayaq, ayo.
b Gaya lagu bahasa
Contoh: Dialek Perak biasanya mempunyai sebutan yang lebih laju daripada Negeri Sembilan.
c. Tatabahasa
Contoh: penggunaaan imbuhan per- dan -kan.
perbesar (dialek Kedah) dan besarkan (dialek Johor).
(d) Kosa kata
Contoh: bewoh (dialek Kelantan bermaksud kenduri)
(e) kata ganti diri
Contoh ambo (dialek Kelantan bermaksud saya)
Hang (dialek utara bermaksud kamu)


(^_^) Harap dapat membantu. 

Monday, 27 May 2013

_________ MENGHARGAI CUTI SEKOLAH




Assalammualaikum.!!

Cuti persekolahan hujung tahun sememangnya merupakan waktu yang

amat dinanti-nantikan oleh sebahagian ibubapa dan juga semua anak-anak yang

bersekolah. Ini adalah kerana waktu ini para ibubapa sudah merancang

percutian anak-anak mereka sama ada untuk pergi melancong, berkelah, pulang
ke kampung halaman dan sebagainya. Perkara-perkara seperti ini jika dirancang
dan dilakukan mengikut lunas-lunas Islam sudah tentu memberikan banyak
kebaikan kepada anak-anak disamping dapat mengeratkan hubungan
silaturrahmi sesama keluarga dan saudara-mara.

Kita harus menyedari bahawa cuti persekolahan

bukanlah bermakna membiarkan anak-anak hidup sebebas-bebasnya kerana ini

hanya akan mengundang banyak perkara negatif dalam diri mereka. Kita harus

sedar bahawa anak-anak mudah terpengaruh dengan arus globalisasi yang
membawa masuk pelbagai bentuk budaya negatif dan bertentangan dengan
budaya murni umat Islam. Antaranya seperti budaya songsang, kes-kes buli,
pergaduhan, vandalisme, mencuri, membunuh dan sebagainya. Ini seterusnya
akan memburukkan lagi masalah moral dan sosial yang telah berlaku di dalam
masyarakat kita hari ini.
Tidak kurang pula pelajar-pelajar yang suka melepak di kaki-kaki lima mahupun di pusat-pusat

membeli-belah sama ada pada waktu persekolahan apatah lagi pada hujunghujung

minggu.


"Rebutlah lima perkara sebelum berlakunya lima perkara; masa mudamu
sebelum tiba masa tuamu, masa sihatmu sebelum tiba masa sakitmu, masa
kayamu sebelum tiba masa fakirmu, masa lapangmu sebelum tiba masa
sibukmu dan masa hidupmu sebelum tiba kematianmu."
(Riwayat Al-Baihaqi)

Justeru kita sebagai ibubapa
yang prihatin dengan masa depan anak-anak, seharusnya berusaha
menanamkan sifat menghargai masa dan membudayakannya dalam kehidupan
seharian mereka. Anak-anak harus dididik bagaimana untuk memanfaatkan
masa yang ada dengan perkara-perkara yang membawa kepada kebaikan.
Mereka juga harus sentiasa diingatkan betapa masa yang telah berlalu pergi
tidak akan kembali lagi. Masa itu diibaratkan seperti emas yang amat berharga;
yang mesti dipelihara dengan sebaik-baiknya oleh setiap orang yang
memilikinya


Saturday, 25 May 2013

Thursday, 23 May 2013

#Fakta


Kelebihan Tingkatan Enam

Tempoh Masa
1 tahun 6 bulan
Kos Biaya
Yuran Sekolah + Buku Rujukan = ( kurang RM 600)
Peluang Ke Ijazah
* Lulus 2.8 ke atas
* Kuota Khas disediakan oleh kerajaan untuk Pelajar STPM
Peluang Kerja
Boleh memohon pekerjaan kerajaan & swasta
Taraf Sijil STPM
A - Level
* Sijil STPM bertaraf diploma di jabatan kerajaan.
* Dapat memohon jawatan diploma.
* Ianya diiktiraf bagi kemasukan kebanyakan universiti di serata dunia
Kiraan pointer
2.8 ke atas, Pointer nak masuk universiti guna STPM tidak tinggi berbanding kursus matrikulasi, pra-u lain, diploma
Pengalaman
Lebih berpengalaman apbila tiba di Universiti
* Pengalaman memegang jawatan di sekolah
* Pengalaman dalam presentation
* Pengalaman membaca bahan bacaan yang banyak
* Pengalaman berdikari tanpa bantuan guru sepenuhnya
Jawatan
Ditawarkan jawatan oleh pihak sekolah seperti:
* Ketua Pelajar
* Ketua PSS
* Pengerusi Kelab & Sukan
* Majlis Pewakilan Pelajar (MPP )
Kokurikulum
10 % markah Ko akan diambil kira kemasukan ke Universiti
* Biasanya pelajar tingkatan 6 mendapat 6% & 7% ke atas
* Jawatan Pengerusi, Ketua Kadet, Ketua Pasukan ditawarkan
Kejayaan STPM
Berpeluang melanjutkan pengajian ke IPT yang bertaraf seperti UKM, UTM, & lain – lain.