LIKE

Thursday, 22 August 2013

Produk Herbalife Yang Sesuai Untuk Saya?

Setiap kali aku terima text di Whatsapp, sms atau emel, rata-rata semua akan tanya aku yang mana satu produk Herbalife yang sesuai? Pack apa yang sesuai untuk diambil? Apa fungsi setiap satu?
Okay lah,

Macam yang aku pernah cakap, Herbalife ni bukan ubat. Ianya makanan yang bakal korang gantikan dalam rutin pemakanan korang. Contoh' Waktu Sarapan dan Dinner, kita minum Shake je. Herbalife ni kalori control diet. Jadi kalau Sarapan dan Dinner korang dah ambik makanan yang rendah kalori takde kolestrol dan kaya nutrisi, mestilah akan efek pada penurunan berat badan.

Kalau ditanya apa produk Herbalife yg patut diambil, sebenarnya jawapan adalah berbeza mengikut individu. Herbalife adalah produk yang mempunyai target tertentu. Apa masalah kamu. kaji. Dan aku akan sajes apa yang korang patut consume lah.


Berikut adalah senarai produk herbalife yang boleh membantu penurunan berat badan serta fungsinya sekali;


FORMULA 1 SHAKE (perisa Dutch Chocolate, French Vanilla, Strawberry, Cappuccino, Tropical Fruit) :

Ini adalah core product herbalife di mana ianya adalah shake yang mengandungi semua Vitamin yang diperlukan badan. Kalorinya hanya 90-250 tertakluk kepada cara penyediaan kamu lah. Kaya dengan 55 Vitamin dan fiber. Segelas Shake Formula 1 ni mengandungi 
  • Kalsium macam 2 cawan yogurt
  • 1 biji buah oren
  • Vitamin E macam sesudu mintak bunga matahari
  • Vitamin A dengan 100gm Keju Chedar
  • Kalium dalam 1 biji pisang
  • Protein dalam 1 filet ikan kod bakar
  • Magnesium dalam 100gm bayam
  • Niasin dalam 1 hidangan daging berbiri bakar.

Aku cadangkan ganti sarapan dan dinner kamu dengan shake ini untuk kesan yang optimum. Dengan cara itu, kalori akan mudah terkawal dan memang akan cepat untuk lose weight.

FORMULA 3

Protein tanpa lemak ni selalunya dicampurkan sekali ke dalam shake formula 1. Ianya berfungsi untuk kasi korang kenyang lebih lama lah. Apa yang aku faham tentang Formula 3 ni, ianya bantu pembinaan otot dan menggantikan lemak yang tersingkir tu dengan otot-otot. Sebab tu kalau sesiapa berpengalaman ambik Herbalife, rata-rata akan shape up kat bahagian pnggang, punggung, bawah ketiak, sebab kat situ je lah pun yang selalu menggeleber aduinya pun.

Dan semua anak didikan coach aku akan bagi feedback "Jeans lama dah muat!"

Protein ni memang tak ada lemak, tak de karbohidrat, kolestrol, garam, gula dan segala pemanis.

Ada yang campur dalam yogurt, kacau2, then minum. Ada yang campur dalam sup. Mat saleh siap buat kek campur benda ni. Tapi kalau aku nak hidup senang, aku campur dengan shake Formula 1 je lah.

Fakta yang paling menarik yang aku tau pasal Formula 3 ni ialah, ianya dapat mengelakkan badan kita naik balik kalau once dah dapat ideal weight, dan nak stop consume herbalife. Tapi aku rasa itu bergantung kepada cara hidup/makan yang korang pilih jugak la kot. Kalau after dapat ideal weight, korang belasah kfc hari-hari dengan takde senaman, pun macam tak menjamin jugak lah.

TEAMIX (Lemon Flavor 50/100gm, Peach Flavor 100gm only)



Teamix ni campuran teh hijau berkualiti. Teh hijau ni memang dah sedia maklum sangat membantu dalam meningkatkan metabolisme di dalam badan. Aku pernah diberitahu bahawa secawan teamix, sama macam korang jogging padang bola sepak 5 pusing di mana korang memang rajinnn sangat nak jogging hari hari gitew khennn.. kof kof kof.

Teamix membantu pembakaran kalori berkesan dan mengurangnya pengurangan berat badan sebanyak 20% lebih pantas dan selamat lah. Ianya boleh detoks sekali dan disingkirkan melalui air kencing lah.
Selain bantu meningkatkan tenaga dan kurang letih, ianya juga berfungsi antioksidan untuk awet muda lah.

Tips bagi orang yang rajin bersenam : Minum teamix 30 minit sebelum memulakan aktiviti. Dan semasa aktiviti pun minum ni sekali. Memang akan sweaty gila. Burn extra kalori.

Boleh dihidang panas dan sejuk

HERBAL ALOEVERA CONCENTRATE


Selalu aku akan tanya samada ada masalah constipation ke tak? Hari-hari buang air besar ke tak? Sebab ia adalah tanda utama yang mengatakan kamu ada masalah penghadaman. Bila ada masalah penghadaman, bermakna susah la nak turunkan berat badan. Teori dia mudah je. Kamu makan hari-hari, tapi buang air besar jarang-jarang. Agak tidak sihat disitu lah kan.

Aloevera concentrate ni membantu membersihkan dinding usus. Bila dinding usus dah bersih, penyerapan nutrisi (yg korang amik dengan formula 1 dan 3) akan lebih berkesan lah.

Ianya terbukti dapat membantu proses penurunan berat badan sebanyak 20-30%. Bagi yang rasa sistem penghadaman dah okay, nak amik ni pun lagi bagus sebenarnya. Lagi cepat turun.


TC FORMULA


TC Formula ni dikatakan sangat membantu mereka yang mempunya metabolisme yang rendah. Selain dari mencergaskan badan, ianya membantu mengawal selera makan.

TC Formula ni baru masuk Malaysia. Aku pun baru nak cuba. Selalunya distributor akan cuba sesesuatu produk dulu, kemudian baru lah boleh cerita hasil dia. Hari ni hari kedua aku consume benda ni, aku rasa memang kurang lapar dan bertenaga. Nanti dah genap sebulan aku makan benda ni aku akan review balik lah.

Sila lah SMS di 0199410274 untuk bertanyakan harga


Adakah Kamu Kena Ambil Kesemua Produk Di Atas?

Oh tidak semestinya. Macam yang aku cakap, sebelum kita mula consume Herbalife, fahamkan dulu badan sendiri. Apa masalah kamu, dan kemudian selepas faham fungsi2 setiap produk ni baru lah korang decide yang mana korang nak amik.

Kalau korang nak ambik Shake Formula 1 itu sahaja pun boleh loose weight. Tapi jangan la jangka penurunan yang laju. Apa pun kena sabar dan disiplin lah.

Pilih coach herbalife yang berpengalaman, bermakna yang dah pernah consume produk-produk di atas. Atau lebih baik lagi, coach kamu yang dah pernah gemuk, dan kini kurus dengan Herbalife. *kof kof kof*

Nantikan promosi Botol Air dan shacker percuma untuk pembelian pek Herbalife di bawah ini. (Free gift hanya untuk pembelian pada harga retail sahaja)

Set ini dapat Percuma Shacker Cup

 Set ini dapat Percuma Shacker Bottle

 Set ini dapat Percuma Shacker Cup dan Water Bottle



Pack yang aku buat ni adalah hanya cadangan sahaja. Kalau korang nak beli loose, nak buat pack sendiri pun boleh.

Kalau berminat nak membeli dan jadikan saya sebagai coach kamu,  SMS 0199410274 

:)











THURSDAY, 25 APRIL 2013


Oh Plateau!

Kebanyakkan masalah yang biasanya dihadapi oleh orang yang sedang menurunkan berat badan ialah plateau. 

Plateau ni macam sejenis fenomena jahat yang akan men-demotivated kan hampir 90% orang yang sedang berusaha untuk menurunkan berat badan. Ramai yang akan berhenti dari usaha yang sedang dijalankan. Ada yang bersenam akan berhenti bersenam. Yang menyalahkan produk. Dan ada yang, mungkin, fikir diri ditakdirkan gemuk selamanya.

Plateau selalunya berlanjutan selama 2-8 minggu. Ya, ada yang meroyan 2 bulan sebab berat tak turun turun. Tapi percayalah, kalau korang keep on berusaha, sampai satu tahap, berat kau memang akan jatuh.

Kawan pejabat aku yang tengah consume Herbalife pun sudah mengaduh benda yang sama. Macam tu jugak la orang yang di bawah coach aku. Malah aku pun pernah menghadapi masalah yang sama. Tapi macam biasa, aku memang selalu beri komitmen untuk kasi mereka ni semua tak jatuh semangat untuk teruskan usaha.

Kalau korang perasan, mula-mula aku blog tentang Herbalife, aku cerita berat aku 69kg. Masa tu sebenarnya aku tengah Plateau. Berat aku statik kat 69kg dalam tempoh sebulan lebih sebenarnya. Aku pun mengaduh jugak. Sebab berat 69 kilo ni macam kat tebing-tebing gitu. Kau makan lebih sikit, naik balik 70kg. Aku taknak lagi dah jadi warga 70-an i tell u. Jadi, aku punya plateau memang berlanjutan sampai 4 minggu. 

Plateau ni adalah apabila badan kau dah tau apa yang kau sedang buat. Bagi yang ambil Herbalife,badan kau macam dah faham, yang kau tengah kontrol kemasukan kalori dalam badan. Dah faham yang pagi kau ambil hanya 200calori, snack 100 kalori, tengahari 600-800 kalori, snack lagi 100 kalori dan malam shake pun 200 kalori. 

Mula-mula badan kau mungkin memberi kerja sama nak loose weight. tapi lama-lama dia dah agak macam kerekkk sikit taknak bekerja sama dengan usaha yang sedang dijalankan. Jadi, apa yang kita kena buat ialah kena 'trick' sikit badan kita supaya ia kembali ke trek asal untuk kita capai target kita.

Jadi, ini adalah tips tipikal untuk kita beat si plateau jahat ni. Tak semestinya korang kena buat semua sekali gus, tapi kena cuba mana satu yang berkesan dengan badan kita. Yang penting kamu jangan putus asa dengan apa yang diusahakan, dan just stay on track. Cuma perlu maintrick sikit je iaitu;

1) Kurangkan makan.


Kalau sebelum ni makan tengahari stok belasah kuah masak lemak cili api, ayam goreng tepung kfc dan sambal yang berminyak sangat tu, apa kata ubah, kepada lauk yang lite. Nasik, with mooOOre sayur dan ayam or ikan yang kurang minyak.

Or subway? Or capati? Or Soto? Or Nasik lauk tomyam? Or apa-apa lah yang korang rasa lebih ringan dan rendah kalori dan lemak dari yang sebelum ni.

2) Makan Banyak Sikit.


Dey minachi?! Tadi kata makan sikit?! 

Ya, tapi tengok kes dulu. Lain orang lain cara. Tip yang ini adalah untuk mereka yang makan sikit-sikit. Contoh; sebelum ni tengahari dia makan sandwich je ke..atau jenis fobia nasik ke.. Korang kena tau yang kalau pengambilan kalori yang terlampau sikit sangat pun tak membantu untuk badan membakar lemak yang ada. Dari 1200 kalori setiap hari, cuba korang anjak ke 1600-1800 pulak. Bagi yang ambikHerbalife, korang just perlu adjust meal lunch korang je. Cuba dalam seminggu or dua. Tengok hasilnya.

Atau mungkin korang boleh ubah kekerapan snacking? Dari 3 jam sekali, kepada 2 jam sekali?

3) Berhenti Bersenam Sekejap


Bagi yang rajin bersenam, aku cadangkan korang rehat sekejap dalam seminggu or dua or tiga. Kalau ketagih jugak bersenam, mungkin korang boleh kurangkan sikit. Contoh, kalau dah biasa jogging 5km, untuk sementara waktu, cuba jogging less than 5km. ATAU;

4) Cuba teknik senaman yang baru


Daripada berjoging, cuba berbasikal pulak? Atau berenang? Atau latihan angkat berat?

5) Banyakkan Lagi MINUM AIR


Kalau dah biasa 3 litre, cuba add 1 litre lagi. Aku sedar ramai orang bagi alasan kat bab minum air ni. Berita sedih untuk orang yang malas minum air.. usaha anda.. TAKKAN menjadi..kalau masih fail bab ni. Sekian.

6) Banyakkan Aktiviti Fizikal


Ini yang paling aku suka. Infact dalam banyak-banyak tips, aku praktikkan yang ini dulu lah untuk lawan plateau ni. Aku tingal di tingkat 16. Jadi setiap selepas balik kerja aku akan naik tangga sampai tingkat 10. Sampai sekarang pun aku masih praktikkan benda ni kalau time tengah rajin lah. Tapi takde la sekali gus aku panjat sampai 10 tingkat. Mula-mula aku dapat panjat sampai 3 tingkat je. Tu pun rasa macam nak pecah dada aku. Seminggu aku naik sampai 3 tingkat je. Minggu depan aku try sampai 5. Kemudian tinggi lagi tinggi lagi. Sekarang memang sampai tingkat 10.

Siapa yang nampak aku tercungap-cungap mintak nyawa tu, korang abaikan je lah.

And..it works! Selepas sebulan aku praktik benda ni, from 69 berat aku turun 67.5kg.

7) Banyakkan tidur dan berehat


Bila kita kurang tidur, sebenarnya akan memperlahankan kadar metabolisme dan menyimpan banyak lagi lemak. 

8) Adjust snack. 

Kalau sebelum ni biasa snack biskut, mungkin boleh mula snack makan buah je?


------


Sekarang berat aku 66kg. Tapi mesti ada buffer. Timbang selepas makan jadilah 67.5kg gitu. Sebab tu aku selalu pesan kat orang, nak timbang, pagi-pagi selepas bangun tidur, selepas kencing/berak sebelum minum or makan apa-apa. BMI aku dah 23 which ideal. Tapi kalau boleh aku nak turun lagi sampai 62-64kg. Tobat tanak berat-berat lagi dah.

Current weight 65 - 66kg. 

Kebanykkan kita lebih nak tengok angka di mesen penimbang. Sama la aku pun. Tapi sebenarnya kita kena fikirkan jugak yang fat loss tak sama dengan muscle loss. Kadang-kadang kita perasan seluar kita dah longgar. Tapi kenapa berat statikkkkk ni??! Be cool. As long as korang dah buat ikut jalan yang betul, tak perlu nak risau banyak sangat.

Cuma kena sabar banyak sikit.

Penimbang memang jahat. Jangan jumpa dia selalu. 2 minggu sekali pun dah cukup kalau gian sangat nak naik atas dia.

Fuh panjangnya. Sebelum habis, korang layan la gamba-gambar kat bawah ni. Kot boleh menguatkan lagi semangat korang ke.



Hensem sudah.






try now.. berubahlah sebelom terlambat... :) pm me 0199410274 




HERBALIFE "PERMAKANAN YANG SIHAT"

Herbalife Cara Aku

Selepas aku tulis ulasan tentang produk Herbalife sebelum ini, aku terima ratusan emel dan wassap bertanyakan tentang itu dan ini. Ada soalan yang sama. Ada soalan yang rare. Ada soalan yang rawak.

Untuk pengetahuan korang, Herbalife ni takde fix rule. Lain orang lain cara. Macam yang aku pernah cakap dalam entri sebelum ni, Herbalife BUKAN UBAT KURUS. Tapi ianya adalah makanan yang kaya nutrisi yang melatih kita makan dengan betul. Okay lah mari aku ceritakan tentang Herbalife cara aku yang tersendiri.

Sebenarnya apabila korang ambil keputusan untuk 'bawa masuk' Herbalife ke dalam hidup kamu, pastikan korang dah nekad dengan 3 perkara berikut

1) Bersedia untuk mengamalkan PEMAKANAN SIHAT
2) Minum air secukupnya. Ingat, setiap 25kg berat badan bersamaan 1 liter air. (normal)
3) 3D- Discipline, Determine, Dedication
  • Setiap kejayaan bermula dengan satu disiplin yang ringkas.
  • Keazaman yang tinggi. Mesti rajin. Bersungguh-sungguh.
  • Dedikasi. (Sila insert ayat yang menceritakan perkara-perkara positif macam yang korang selalu baca)
Ada yang mengadu pernah berkawan dengan Herbalife sebelum ni, tapi apa pun tak jadi. Ada juga yang emel kata, kawan dia yang pernah ambil herbalife dulu kata, perkara yang lebih kurang sama iaitu, "tak ada efek apa-apa"

Aku ni nak cakap pasal nutrisi dan sains memang kurang pakar. Setakat baca sikit-sikit tu adalah. Cuma suka untuk aku pesan bahawa, Jangan lah kita contohi benda yang tak menjadi. Ramai sebenarnya berjaya menurunkan berat badan dengan Herbalife; Jadi, contohi lah mereka yang berjaya. Dan alang-alang korang dah baca ni, aku pun nak ajak lah korang contohi rutin aku dan Herbalife sedikit sebanyak.

Hari ini atas permintaan ramai (ramai diantara yang emel/wassap/sms aku lah) aku akan ceritakan serba sedikit tentang rutin dan cara penyediaan Herbalife dalam hidup aku sehari-harian.


1) Okay mula-mula aku bangun tidur sekitar 5.00-5.30 pagi. Aku bangun, sambil kesat-kesat mata dan bangkit dengan mamai (saja nak masuk unsur dramatik sikit) lalu terus ke dapur dan bancuhALOEVERA CONCENTRATE

Segelas air ni aku masukkan 3 cap. Segelas air tu estimate dalam 400-440ml. Rasanya masam masam sikit. Tapi aku jenis telan je. Hahaha. Herbal Aloe ni elok untuk penyerapan nutrisi dan melembutkan sistem penghadaman. Macam aku, jenis susah beron. Alah korang pun tau, badan yang sihat mestilah beron hari-hari. Orang yang beron hari-hari bermakna badan mereka menyingkirkan toksin setiap hari. Orang yang badan banyak toksin ni memang susah nak kurus. Yang kurus sangat pun susah nak tambah berat badan. Dan macam-macam lagi lah cerita tak best. Oh beron tu maksudnya berak. Saja je aku sebut 'beron' sebab nak kasi bunyi ala-ala manja manja gitu. Hehe.

2) Okay kemudian lepas aku minum aloe ni, aku pergi mandi. Lepas mandi, lepas lap-lap badan (pun nak masuk dalam cerita) aku pergi ke dapur balik, aku bancuh teamix.


Teamix ni aku rasa ramai dah tau ke-best-an dia. Yang tak pernah ambil herbalife pun tau serba sedikit. Ianya bagus untuk memberikan sumber tenaga dan boost metabolisme. So pagi-pagi takde la badan aku lemau je. Untuk segelas air di atas, aku campurkan dengan sudu kecik tu ha. Segelas air tu estimate dalam 400-440ml juga.

3) Sambil minum air teamix secara perlahan-lahan dan santai, aku bancuh Shake.


Shake ada 5 perisa (setakat ni yang masuk Malaysia). Coklat, Strawberry, Cappuccino, Vanilla dan Tropical Fruit; dan perisa kegemaran aku ialah Coklat, stoberi dan tropikel fruit tu.

Sila lihat gambar di atas. Kalau korang baca direction pada cannister shake ni, dia suruh bancuh 2 heaping scoop kan. Tapi bila aku pikir HEAPING tu subjektif sangat. Ada heap rendah. Ada heap tinggi. Kalau monyet sarkas mesti boleh buat heap tinggi-tinggi. So, KALAU IKUT CARA AKU, untuk 300-350ml air, aku akan mix dengan 3 flat scoop shake ni.


Kemudian aku campurkan dengan..Formula 3 protein guna sudu yang belakang tu. Bagi sesiapa yang tak ada sudu tu, sementara nak dapat sudu Herbalife ni, korang boleh guna mana-mana sudu plastik ikut sukatan sendiri. Aku cadangkan Formula 3 ni jangan letak banyak sangat. Sebab ianya berfungsi untuk build muscle. Kalau terlebih ambil, memang ada terjadi fenomena berat badan tak turun banyak tapi muscle cantik; dengan kata lain, kalau perempuan daripada cutting bulat macam apple, terus ada curve pinggang, misalnya.



Ha lepas tu aku blender macam ni. Ada yang tak sempat blender, boleh shake sendiri. Tapi kalau pakai shacker cap ayam, memang dia susah larut. so akan terasa ketui ketui sikit. Dulu aku pun camtu. Tapi aku jenis tak banyak cerewet so aku telan je ketui-ketui pun. kikiki. Jadi yang terkini aku blender. Ha mesti korang nak cakap malas blender kan? Macam aku cakap, kalau malas memang susah nak berjaya. Tapi kalau korang bijak cari alternatif selain blender, pun boleh.

4) Lepas habis minum teamix dan bikin shake, aku pun tinggalkan semua ni dan masuk ke bilik balik untuk solat dan bersiap-siap nak pergi kerja.



Sebelum keluar rumah, aku pun minum shake coklat ni. Selalunya dalam jam 6.45 - 7.00 pagi.



Kesimpulannya itu lah turutan yang korang kena ikut. Dimulakan dengan Aloevera Concentrate, Teamix dan Shake. Ada yang kata "kawan saya cakap teh tu minum selepas shake"; itu mungkin cara kawan awak tu. Tapi ikut cara saya begini lah.

5) Sampai pejabat selalunya awal. Dalam 7.40-8.00 pagi tu kalau tak da aral memang dah tercongok kat opis dah aku. So sampai-sampai je aku terus buat benda yang sepatutnya iaitu prepare air siap-siapkat pantry.



Selalunya ini lah dos aku di pejabat sahaja. Botol kecik tu 500ml + botol besar 2.5liter dan Teamix tu 1.5ml. Total di dalam pejabat sahaja Air masak ialah 3.00 litre. Dan Teamix 1 liter. Cukup untuk daily dose aku. Cuma kalau keluar makan tengahari pun aku akan minum lagi 500ml air mineral (botol kecik standard tu)
So secara kiraan rawaknya, memang 4 liter without fail.

Sebelum ni aku pernah cerita tentang pentingnya minum air. Walau sebelum aku consume Herbalife pun memang aku rajin minum air. Dan memang semua manusia WAJIB ya, minum air secukupnya. Part ni orang paling liat nak buat. Aku tak faham kenapa. Alasannya sebab tak larat nak pegi kencing selalu. Padahal kencing je pun kan? Dan untuk pengetahuan korang, kalau badan kita cukup air, kita akan susah rasa lapar. Tak caya, korang cubalah.

6) Okay kalau dah amik shake ni, suka untuk aku ingatkan korang tak boleh ambil sebarang makanan berat, OK? Bagi yang ingin menurunkan berat badan, korang hanya dibenarkan makan RINGAN selepas 3 jam pengambilan shake ni. Selalunya aku akan makan snack ringan macam yogurt (FAT FREE) ke..biskut oat ke. Tapi setakat ni kalau kat pejabat memang yogurt lah kegemaran aku. Kat rumah baru aku kreatif sikit buat snack ringan macam simple ciken wrap ke. Itu pun kalau rajin. Selalunya memang yogurt lah.


7) Okay bila sampai waktu lunch selalunya sekita jam 12-1.00 tengahari, time tu macam hari raya untuk aku. Sebab bila aku dah mula jaga makan, jadi, waktu makan tengahari tu sangat dihargai. Ramai tanya samada lepas ambik herbalife ni takleh  makan nasik ke? Kalau ikut cara aku, memang aku makan tengahari macam biasa. Makan ikut tekak dan selera. Tapi dengan kadar normal la. Jangan la lepas makan nasik sepinggan, pastu kau order nasik lemak, pas tu kau order aiskrim lagi. Macam mana nak turun berat kalau asyik tambah berat je?

So ini adalah rutin makan tengahari aku yang aku sempat snap gambar lah.




Memang aku akan pastikan ada sumber protein (ayam, ikan, tempe), karbohidrat (Nasi), vitamin (sayur sayur yang banyak). Banyak kan portion aku? Muahahaha kalau korang rasa portion aku melampau, korang kurangkan lah sendiri portion korang.

Kalau korang tanya aku, aku memang AGAINST ATKINS DIET sekarang ni. Bagi aku Atkins diet tak sesuai lansung untuk rakyat asia/malaysia sebab kita dari kecik dari nenek moyang makanan ruji kita adalah nasik. Nasik bukan ada lemak pun. Yang ada ialah kandungan karbohidrat asli yang sihat yang memang diperlukan badan. Si Atkins mat saleh tu cipta Atkins Diet sesuai dengan rutin pemakanan orang sana. Korang tengok la Mekdi dan KFC. Hidangan diorang more to protein, pastu roti seconet je.

Aku dulu memang pernah atkins diet time study dulu. Aku tolak semua carbs. memang sebulan aku hilang 6-8kilo, tapi ketahuilah, YANG HILANG TU ADALAH MUSCLE BUKAN FAT. Muscle ni kalau cepat hilang, cepat la dia gain balik. Sebab tu kalau kita perhati orang yang atkins diet ni badan diorang flabby sikit.  So nak kasi tak flabby kena buat apa? kena la eksesais. Dah la dera emosi tak makan nasik. Pastu kena eksesais teruk lagi kan? So terpulanglah.

Macam aku, aku taknak stress. Nak rilek rilek santai je. Kita hidup bermasyarakat pun satu. Orang makan nasik lauk sedap-sedap, kita ratah lauk je macam kucing. miau miau miau katanya.

Tapi tak dinafikan, ada yang memang decide nak ambil Herbalife tapi nak kurangkan makan nasik. Ada yang ambil Herbalife dan top up dengan rutin pergi gym (Which is VERY GOOD). Terpulang. Apa-apa yang korang selesa lah. Cuma yang aku ceritakan kali ini ialah HERBALIFE CARA AKU. Korang kena faham, badan kita perlu kalori yang cukup untuk bakar lemak. Selalunya perempuan perlu 1300 kalori sehari untuk bakar lemak. Manakala lelaki selalunya1600 kalau tak silap. So kalau kalori sikit sangat pun tak boleh nak bakar lemak jugak. (Bagi yang malas eksesais)

Herbalife ni senang je. Korang boleh edjas ikut rutin sendiri. Asalkan rutin korang mesti lah sihat.

Dan Herbalife ni, aku perasan dia nak korang SIHAT dan CANTIK. Bermakna, nak sihat dulu, baru kecantikan tu datang dengan sendiri. Bukan Cantik dulu baru nak fikir sihat. Bila pikir cantik dulu baru sihat, tu yang korang nampak orang loose weight tapi kulit kusam. Tak bermaya. Tak bertenaga. Dan macam-macam lagi lah.

Alhamdulillah so far, orang yang aku coach dengan Herbalife ni rata-rata seminggu turun 2 kilo dan rasa lebih bertenaga.

8) Kalau aku terpaksa balik lambat dari pejabat, aku shake satu kali lagi untuk makan malam aku sekitar jam 7.00 - 7.30 petang gitu.


9) Okay dan yang akhir sekali, sebelum tidur aku minum sekali lagi ALOVERA CONCENTRATE ikut sukatan yang aku nyatakan di atas.

Sebenarnya korang boleh ikut step yang sama iaitu > petang-petang time korang masih dipejabat, korang minum alovera concentrate yang korang dah bancuh dalam botol siap-siap dari rumah. Kemudian minum teamix lagi, dan diikuti dengan last shake korang untuk dinner. Tapi sebagai wanita berkarier yang selalu balik lambek, aku buat macam ni;

Selepas habiskan teamix di pejabat dalam sekitar jam 6-7 petang, aku minum Shake (macam aku bancuh kata atas ni). Kemudian sebelum tidur di rumah, baru aku minum Alovera Concentrate mengikut sukatan macam yang aku ceritakan tadi.

Seminggu pertama korang akan rasa macam payah sikit. Tapi lama-lama korang akan biasa dan boleh absorb dengan rutin sebegini dengan gembira.

Suka untuk aku ingatkan kepada korang 3 CORE TIPS paling penting ialah

1) Minum air secukupnya (3-4 litre air masak 1-2 litre teamix) sehari
2) Makan 3 jam sekali. (Sarapan shake, snack siaht, lunch, snack sihat, dinner shake) Jangan biar perut lapar. Kelaparan akan memperlahanakan metabolisme dan pembakaran lemak.
3) Timbang paling kerap SEMINGGU SEKALI SAHAJA. Pada waktu bangun tidur pagi-pagi, lepas kencing dan beron, berbogel dan baru timbang. Bagi ibu menyusu, seeloknya kosongnya buah dada terlebih dahulu.

Kesimpulannya HERBALIFE CARA AKU begini lah;


Bagi yang beminat dengan Herbalife dan ikut cara aku, boleh terus emel ke mfikri62@gmail.com dan contact hfon 0199410274

Tuesday, 20 August 2013

MY LOVE <3


Follow · August 17 


kadangkala Allah hilangkan mentari .. kemudian Allah datangkan guruh..puas kita mencari dimana mentari kita....Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita sebuah pelangi yang indah..

: Sabarlah wahai hati disetiap kepahitan pasti ada kemanisan 
 — with Mohd Fikri.